nah . post untuk anda yang nama tidak perlu disebutkan ,
cukuplah saya tahu anda pesakit kepada emak saya .
ohh yaa , saya mahu bertanya kepada anda , apakah definisi "kawan baik" kepada anda ?
sila jawab okay .
bagi saya "kawan baik" ialah rakan yang selalu ada ketika kita berada di dalam kesenangan dan
kesusahan . jadi , adakah saya rakan baik anda seperti yang anda perkatakan dahulu ?
*saya cuba untuk menggunakan ayat sebaik mungkin .
anda fikir fikirkan lah dan selamat beramal .
lain kali , kalau anda tidak mahu menjadi rakan baik , katakan saja . itu tidak mengapa , kerana
dalam hidup saya , saya tidak mempunyai ramai kawan baik lelaki .
ohh yaa . sebelum saya terlupa , terima kasih di atas apa yang telah anda lakukan kepada saya .
terutamanya , selalu menambah nilai kredit telefon bimbit saya .
jika kita dapat berjumpa , saya akan bayar semula walaupun dahulu anda pernah katakan
anda tidak mahu . saya tidak mahu terhutang budi kepada anda . cukup lah sekadar saya
berhutang air mata kerana anda banyak menangis kerana saya .
bukan saya tidak pernah menangis untuk anda , tetapi tidak sebanyak yang anda lakukan .
okay la . sampai di sini saja . pesanan terakhir saya , jika anda rasa mahu menjadi rakan baik saya, sila lah menghantar pesanan ringkas (SMS) atau pun menelefon saya .
jutaan maaf saya pohon sekiranya saya pernah menyakiti hati anda kerana itu bukan niat saya .
so ,
THE END :)
thanks peeps . drop your comments .